LATAR BELAKANG SEKOLAH
- Ekoran dari itu, pada Oktober 1995, Tuan Kadi berusaha dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu supaya tapak balai polis lama di Kuala Berang didirikan sekolah yang diperlukan buat sementara waktu. Setelah rundingan tersebut berjaya, pada bulan November 1995, sebuah jawatankuasa bertindak ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Tuan Fakih Abdullah, iaitu seorag ulama dan guru agama pondok yang tidak asing lagi kepada masyarakat di sini. Turut menganggotai jawatankuasa ini ialah orang-orang kenamaan dan berpengaruh di daerah ini seramai 14 orangPada awal penggal pertama tahun 1995, jawatankuasa ini telah menerima seramai 84 orang murid perempuan. Mereka telah ditempatkan di dalam satu kelas yang dinamakan kelas Satu Alif satu Satu Ba. Menjelang penggal kedua, Pejabat Agama Terengganu mula menghantar dua orang guru sebagai permulaan iaitu Ustaz Mahmud Salim bin Haji Mohd sebagai guru besar dan Ustaz haji Endut Yusof sebagai penolongnya, Pada hari Isnin 10 September 1996 bersamaan 5 Safar 1376. Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nasirudin Shah, Sultan Terengganu telah merasmikan bangunan sekolah ini. Setahun kemudian seorang lagi guru telah dihantar ke sini iaitu Tuan Haji Salleh bin Ismail.Perkataan Mahmudiah diambil dari nama Yang Teramat Mulia Tengku Mahmud iaitu Yang Dipertuan Muda Terengganu. Pada mulanya pihak jawatankuasa memilih nama Fakih sempena nama Tuan Fakih Abdullah yang pernah menjadi pengerusi jawatankusa yang pertama, tetapi telah dibatalkan setelah nama Mahmudiah dimaklumkan dari Pejabat Agama Terengganu.
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan