-->

SEKOLAH MENENGAH AGAMA TERENGGANU

Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalan satu usaha murni kerajaan untuk membantu dan memperkasakan sekolah - sekolah agama di Malaysia. Program ini pernah dicadangkan pada tahun 2002 oleh Menteri Pelajaran dan dicadangkan semula oleh Jawatankuasa Khas Tan Sri Murad pada Ogos 2004.

Halaman

  • Laman utama
  • LOGO SMAT
  • SEJARAH SMASID
  • SEJARAH SMAKH KUALA TERENGGANU
  • SEJARAH SMASZA LADANG
  • SEJARAH SMA(A)SZA BATU BUROK
  • SEJARAH SMAM KUALA BERANG
  • SEJARAH SMA MAARIF BESUT
  • SEJARAH SMA AL-FALAH
  • SEJARAH SMA MARANG
  • BANGUNAN SMA TERENGGANU SEKARANG ATAU DAHULU

SEJARAH SMAM KUALA BERANG

LATAR BELAKANG SEKOLAH


Penubuhan Sekolah Menengah Agama Mahmudiah dicetuskan hasil inisiatif masyarakat setempat lebih setengah abad yang lalu. Antara yang memainkan peranan ketika itu ialah tuan Kadi Hulu Terengganu pada masa itu, En.Mohamad bin Abu Bakar dan Tuan Fakeh Abdullah, seorang ulamak dan guru pondok yang tidak asing di kalangan masyarakat tempatan. Menurut pendapat Tuan Kadi tersebut, adalah sangat perlu sebuah institusi pendidikan seumpama Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu ditubuhkan di daerah Hulu Terengganu bagi memberi didikan agama yang sempurna kepada kanak-kanak iaitu sebuah sekolah yang lengkap dengan guru serta kemudahan asas lain.
  • Ekoran dari itu, pada Oktober 1995, Tuan Kadi berusaha dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu supaya tapak balai polis lama di Kuala Berang didirikan sekolah yang diperlukan buat sementara waktu. Setelah rundingan tersebut berjaya, pada bulan November 1995, sebuah jawatankuasa bertindak ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Tuan Fakih Abdullah, iaitu seorag ulama dan guru agama pondok yang tidak asing lagi kepada masyarakat di sini. Turut menganggotai jawatankuasa ini ialah orang-orang kenamaan dan berpengaruh di daerah ini seramai 14 orang

    Pada awal penggal pertama tahun 1995, jawatankuasa ini telah menerima seramai 84 orang murid perempuan. Mereka telah ditempatkan di dalam satu kelas yang dinamakan kelas Satu Alif satu Satu Ba. Menjelang penggal kedua, Pejabat Agama Terengganu mula menghantar dua orang guru sebagai permulaan iaitu Ustaz Mahmud Salim bin Haji Mohd sebagai guru besar dan Ustaz haji Endut Yusof sebagai penolongnya, Pada hari Isnin 10 September 1996 bersamaan 5 Safar 1376. Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nasirudin Shah, Sultan Terengganu telah merasmikan bangunan sekolah ini. Setahun kemudian seorang lagi guru telah dihantar ke sini iaitu Tuan Haji Salleh bin Ismail.Perkataan Mahmudiah diambil dari nama Yang Teramat Mulia Tengku Mahmud iaitu Yang Dipertuan Muda Terengganu. Pada mulanya pihak jawatankuasa memilih nama Fakih sempena nama Tuan Fakih Abdullah yang pernah menjadi pengerusi jawatankusa yang pertama, tetapi telah dibatalkan setelah nama Mahmudiah dimaklumkan dari Pejabat Agama Terengganu.
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

4682


PAUTAN

  • smasid
  • khairiah
  • ladang
  • smaasza
  • mahmudiah
  • maarif
  • sma marang
  • al-falah

mutiara kata

  • Manusia itu jika kita terlalu mencintainya akan merana, buta panduan.kerana manusia hidupnya takkan kekal.Allah itu jika terlalu mencintaiNya akan bahagia selamanyakerana dia maha abadi

Mengenai Saya

Unknown
Lihat profil lengkap saya

Arkib Blog

  • ▼  2014 (7)
    • ▼  Jun (7)
      • 6,000 PELAJAR MOHON SEKOLAH AGAMA
      • Dilema guru Sekolah Menengah Agama negeri Terengganu
      • Terengganu Naikkan Biasiswa Pelajar Sekolah Meneng...
      • SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN(SABK) - TERMASUK SE...
      • KEM KOMPUTER KEPADA PELAJAR SMAT
      • Pengurusan Sekolah Agama Di Terengganu Memuaskan
      • BIODATA DAN SEJARAH RINGKAS NABI MUHAMMAD S.A.W
Imej tema oleh ULTRA_GENERIC. Dikuasakan oleh Blogger.