-->

SEKOLAH MENENGAH AGAMA TERENGGANU

Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalan satu usaha murni kerajaan untuk membantu dan memperkasakan sekolah - sekolah agama di Malaysia. Program ini pernah dicadangkan pada tahun 2002 oleh Menteri Pelajaran dan dicadangkan semula oleh Jawatankuasa Khas Tan Sri Murad pada Ogos 2004.

Halaman

  • Laman utama
  • LOGO SMAT
  • SEJARAH SMASID
  • SEJARAH SMAKH KUALA TERENGGANU
  • SEJARAH SMASZA LADANG
  • SEJARAH SMA(A)SZA BATU BUROK
  • SEJARAH SMAM KUALA BERANG
  • SEJARAH SMA MAARIF BESUT
  • SEJARAH SMA AL-FALAH
  • SEJARAH SMA MARANG
  • BANGUNAN SMA TERENGGANU SEKARANG ATAU DAHULU

SEJARAH SMA AL-FALAH

SEJARAH PENUBUHAN SMA AL FALAH
Sekolah Menengah Agama Al-Falah diasaskan dengan kerjasama dari orang-orang kampung. Dari sini terbentuknya sebuah jawatankuasa untuk mendirikan sekolah ini. Derma-derma dikutip daripada orang ramai bertujuan untuk mendirikan bangunan sekolah. Jawatankuasa ini diketuai oleh Dato' Khalid bin Haji Abdul Rahman dan beberapa ahli jawatankuasa, antaranya ialah Sheikh Omar, Pak Su Kar, Haji Wan Yahya dan lain-lain.
Melalui sepakat yang padu, jawatankuasa bersetuju membeli sebuah rumah dari Kampung Patoh, Hulu Kemaman untuk dijadikan sekolah. Setelah rumah itu dialih, ia dibawa ke tapak sekolah melalui Sungai Kemaman. Perjalanan melalui sungai ini mengambil masa selama satu hari. Tapak asal sekolah ini merupakan kawasan hutan paya dan semak samun.
Setelah selesai didirikan semula rumah ini, sekolah ini diberi nama "Madrasah Al-Falah". Pada awal penubuhan sekolah ini, hanya terdapat seorang sahaja guru iaitu Ustazah Hajjah Sepiah binti Abas dari Sumatera (kini berada di Kuala Terengganu). Sambutan pada peringkat awal adalah sangat menggalakkan dari kaum ibu yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Pada tahun pertama, lebih kurang enam puluh orang murid yang kesemuanya perempuan. Bahasa pengantar pada masa itu ialah Bahasa Arab.
Guru yang pertama merupakan seorang guru yang berpengalaman kerana beliau pernah bertugas di Pasir Mas, Kelantan. Setelah sebelas tahun berada di Kelantan, beliau berhajat untuk pulang ke Sumatera tetapi belum sempat berbuat demikian, beliau bertemu dengan Dr. Burhanuddin Helmi. Dr. Burhanuddin Helmi telah memujuknya supaya tinggal di Terengganu dan mengajar di sini. Beliau bersetuju untuk mengajar dan telah ditempatkan di Madrasah Al-Falah.
Melalui kesedaran yang mendalam di kalangan penduduk terhadap agama, maka ramailah anak-anak mereka dihantar ke sekolah ini. Setelah beberapa tahun sekolah ini ditubuhkan barulah pelajar lelaki diambil belajar di sini. Ramai di antara bekas pelajar telah berjaya dalam pelajaran dan bertugas dengan pemerintah.


Perkembangan sekolah ini terus maju ke hadapan dan pada 8 Februari 1944 sekolah ini dibuka dengan rasminya.
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

4744


PAUTAN

  • smasid
  • khairiah
  • ladang
  • smaasza
  • mahmudiah
  • maarif
  • sma marang
  • al-falah

mutiara kata

  • Manusia itu jika kita terlalu mencintainya akan merana, buta panduan.kerana manusia hidupnya takkan kekal.Allah itu jika terlalu mencintaiNya akan bahagia selamanyakerana dia maha abadi

Mengenai Saya

Unknown
Lihat profil lengkap saya

Arkib Blog

  • ▼  2014 (7)
    • ▼  Jun (7)
      • 6,000 PELAJAR MOHON SEKOLAH AGAMA
      • Dilema guru Sekolah Menengah Agama negeri Terengganu
      • Terengganu Naikkan Biasiswa Pelajar Sekolah Meneng...
      • SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN(SABK) - TERMASUK SE...
      • KEM KOMPUTER KEPADA PELAJAR SMAT
      • Pengurusan Sekolah Agama Di Terengganu Memuaskan
      • BIODATA DAN SEJARAH RINGKAS NABI MUHAMMAD S.A.W
Imej tema oleh ULTRA_GENERIC. Dikuasakan oleh Blogger.